Alhamdulillah,
Aku berjaya di'ijazah'kan sebagai Pengamal Rawatan Islam.. Lepas beberapa bulan belajar secara jarak jauh dan dekat, dan lastly pergi kursus intensif dan ujian amali dan praktikal di Rawang, aku berjaya lulus dan diijazahkan. So boleh kira cam second degree lah ni.heheheh...
Terima kasih kepada tok guru ku, Ust Majid Hassan (bekas murid Tn Guru Dr Haron Din Darussyifa') dari Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan kerana mengajar kami dengan penuh dedikasi dan sangat mudah difahami.
Sepanjang kursus 2 hari baruni, kitorg kena buat hands-on rawat pesakit2 yang bersaka, dan ada juga pesakit yang kena sihir datang. Ada video rawatan tu, cuma aku rasa better aku tak letak kat sini, nnt korang seram...huhu. Yang paling kesian, ada 2 org budak, usia baru 11 and 13 tahun, kena gangguan yang teruk.
Yang umur 13 tahun tu kena gangguan jin yang sangat ganas, tahu nak tibai perawat je. Sib baik Ust Majid dah ajar ilmu2 pengunci dan pukul jin. Kata ayahnya, dia kena ganggu sejak 3 tahun lalu, lepas main di tepi padang waktu maghrib. Dan dah hampir 3 tahun jugakla dia tak sekolah. Kesian betul, rasa nak nangis tengok keadaan dia...
Yg sorg lagi tu, anak org kaya, umur dlm 11 tahun, duduk di Bukit Antarabangsa, cakap org putih je memanjang. Mak ayah dia pun nampaknya org2 baik. Aku tak pasti macamana dia kena gangguan tu, tapi suara dia pun dah berubah jadi sangat garau cam suara org dewasa! Mak dia cakap, kalau time "benda" tu datang, 6 orang pegang pun tak larat... Dia kata dah buat macam2 benda dah, baca yassin, baca Al Quran, malahan anak dia pun dia ajar hafal surah2 penting tapi still tak jalan.Bila dirukyah dan masa sesi dialog dengan jin tu, dia kata dia kena kutuk dengan jin2 lain; "They said I'm Fat" (Jin gemuk kot ni?). Pastu katanya nama dia Michael Jackson. Hmmmm....
Lepastu ada 3-4 org lain pesakit lain yang dewasa, ada yang kena sihir teruk sejak 2 tahun, jin adah berlapis2 dalam badan, ada yang kena sihir dengan ilmu sihir Siam (tok sami), tiba2 boleh cakap kelantan dan dok mintak nak makan babi je.huhu. Ada sorg tu org Kuala Terengganu, Pasir Panjang. datang all the way to Rawang utk berubat. Nampak gaya org kaya, org bisnes. Tapi kena sihir dengan kawan seperniagaan...
Bila aku tengok pesakit2 yg datang, jadi rasa kesian yang amat sangat. kebanyakan kena sihir sebab bisnes, atau kena sihir dek kawan/family sendiri. Memang sangat2 kesian! Sebabtu tok guru aku ckp, apa pun kita kena bantu mereka. Kalau kita tak bantu mereka mengikut cara Islam, dikhuatiri mereka jadi putus asa lantas cari kaedah2 perubatan lain yang mengarut. So boleh dikatakan jatuh FARDU KIFAYAH untuk kita tahu berkenaan rawatan Islam ini, terutama di kalangan masyarakat sekarang yang sangat2 percayakan benda2 syirik dan tahyul yang boleh menjejaskan akidah...
Hari terakhir kursus merupakan hari yang sangat meletihkan. Kami kena tarik jin ramai2 dari pesakit2. Nampak mcm mudah dan tak pakai tenaga banyak, tapi lepas buat tu terus badan jadi lesu dan sakit2. Dahle aku nak kena drive balik Johor. Kena pulak wife aku pulak accident haritu..... Nantikan cerita selanjutnya di post akan datang..hehe
.
Tuesday, December 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
waa.. dah dpt double degree! congrats!!!senyap2 jer?! nih org ganu tau ke tak ni??
Yang ni tahu...hehehehe
Post a Comment