Assalamualaikum...
Harini aku nak bincang topic yang agak berat sket, iaitu berkenaan Perubatan Alternatif..
Ada ramai org tanya aku berkenaan Cakra Alam, terutama lepas pendedahan hangat org Korea berkenaan "penipuan" Ust Arief (Tok Guru Cakra Alam). yang banyak tersebar di Youtube.
Lihat sini , sini dan sini
Aku letakkan sebagai "penipuan" sebab ia hanya cerita sebelah pihak. Kita belum dengar cerita dari pihak Ust Arief/Cakra Alam sendiri. Dalam website rasmi Cakra Alam pun tidak ada sebarang statement berkenaan hal ini.. So adalah sangat tidak adil untuk menghukum dengan hanya dengar dari sebelah pihak! At least give the benefits of the doubts kepada yang tertuduh sebelum kita menghukum!
Aku bukan orang Cakra Alam. Even first time aku dengar pasal Cakra Alam pun aku dah tak berminat sebab "beberapa perkara" (akan aku bagitau lepasni..stay tuned!).
Aku pula terlalu mentah dalam hal Perubatan Alternatif ni. Aku baru berkenalan dengan perkara ini sejak beberapa bulan dulu je. Cuma aku personally letak beberapa perkara untuk screening sebelum aku putuskan untuk join mana2 pertubuhan rawatan alternatif:
1) MESTI guna Ayat Al-Quran / Doa2 yang soheh dari Rasulullah/Ulama'
Bagi aku, kerana penyembuhan itu datangnya dari Allah, maka seharusnya hakikat penyembuhan juga dikembalikan kepada Allah. Kalau guna jampi mentera yang pelik2 tu, maapler aku takkan percaya.
Makcik2 wife aku (nama dirahsiakan) ramai yang terlalu berminat dengat benda2 ni. Selalu ajar aku jampi2 mentera yang pelik2. Mula2 baca fatihah..Alhamdulillah. Then baca ayat2 dari surah Yaasin..Alhamdulillah. Pastu masuk mentera2, puja Fatimah lah, puja Aisyah lah.. Kununnya leh dapat muka berseri, orang nak dekat lah, berniaga maju lah. apa2 lagi...Klu camtu maapler yer, FAIL first level screening aku!
Ada member2 aku yg Dr tanya aku: Abis camna pulak dengan rawatan perubatan moden? Aku cakap, konsepnya sama. Dr pakar ke, MO ke, HO ke, semua tak boleh menyembuhkan. Ubat mahal gile babas sampai RM500 sebijik ke, pun semua tak boleh menyembuhkan. HANYA ALLAH yang boleh menyembuhkan.
Ubat ke, kepakaran Dr ke, tu semua adalah USAHA. Jangan letakkan pergantungan pada ubat atau pada Dr. Sebaliknya serahkan bulat2 pada Allah. Kalau Allah kata tak boleh sembuh, bawak mai lah Dr House pon, SURE takleh sembuh!
Sebabtu aku selalu nasihat kawan2 and abang aku yang merupakan medical practitioner (Dr lah tu!), Dr bukan MENGUBAT org tetapi MEMBANTU PROSES PERUBATAN je... Dan aku selalu suruh diorg doa, atau sekurang2nya ucap Bismillah sebelum mula merawat. Aku sendiri personally kalau gi klinik2 yang baru, aku akan tengok akhlak Dr tu. Kalau dia tak mula rawatan dengan Bismillah, maka sure aku takkan dtg lagi lepastu....
2) Kaedah2nya mesti bukan kaedah yang "songsang"
COntoh kaedah songsang:
i) Guna Kemenyan
Kemenyan (dan segala macam asap..kentut aku taktau sebab dia tak berasap) adalah makan jin. So kalau guna kemenyan dalam perubatan, maka bagi aku ia memanggil jin.
Ada bomoh yang gunakan jin untuk mengubat. Terutama kalau penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin (histeria, kerasukan etc.), diorg gunakan jin khadam diorg untuk halau jin yg ganggu pesakit, then suruh jin diorg jagakan pesakit. For me, benda tak setel. Guna makhluk utk jaga makhluk. Bukanke kita ada ALLAH???
Ada juga bomoh yang guna jin untuk meramal benda2 akan datang. Org jadi takjub sebab semua benda yang diramal tu jadi kenyataan! Sedangkan kebanyakan benda yang diberitahu oleh jin tu adalah hasil dari jin curi2 dengar perbualan malaikat (ni menurut tok guru aku lah!)
ii) Cabul terhormat
Aku pernah pegi ke satu ritual membuang saka. Diajak oleh pak mentua aku sebenarnya. Kalau aku nkgi sendiri confirm takgi tapi since pak mentua ajak, aku gi je le untuk tahu dan untuk lebih meyakinkan diri aku bahawa ritual2 sebegini adalah mengarut, malah boleh menjatuhkan aqidah kalau kita percaya
Majlis tu dihadiri oleh semua adik beradik pakcik aku, termasuk makcik2 yang percaya sangat pada bomoh dan tangkal ni..Mula2 bomoh tu buat solat sunat dan solat hajat (Alhamdulillah!). Then dia mula minta kemenyan, aku dah rasa lain macam. Lepastu start dengan bacaan2 dia..Mcm biasalah, BISMILLAH kuat gile tapi bacaan lepastu soksek soksek je. Lebih2 lagi bila aku dok dekat ngan dia, nak dengar apa dia baca (tapi tak dapat dengar so lepastu aku terus bangun, dok jauh2. Maleh nak layan!). Lepastu dia tanya sapa2 nak scan, dia boleh scan kan org tu ada saka ke tak.
Pak mentua aku yang first. Disuruhnya bukak baju then pakai kain pelikat. lepastu di lurutkan tangannya ke SELURUH TUBUH sampai ke kaki. Hasil scan: Ada saka keturunan! (aku senyum je)
Then makcik2 aku pulak. Aku dah berdebar2. Nak kena bukak baju gak ke? heheh. Tapi org pompuan takyah bukak baju, jez kena pakai baju loose and kain batik. Then bomoh tu (lupa nak bagitau, bomoh tu lelaki!) lurutkan tangannya ke SELURUH TUBUH sampai ke kaki. Tangannya masuk dalam baju and kain dan dilurut/sapu (aku rasa term yang terbaik adalah RABA), DEPAN SEMUA ORG! What the heck! itu, bagi aku adalah CABUL TERHORMAT! Yang herannya makcik2 tu selamba je. Siap percaya gile kat bomoh tu. Siap suruh semua org dlm rumah tu haritu discan, termasuk ler anak2 dara makcik2 aku. Astaghfirullah.... Sib baik aku tak bawak wife aku. Kalau tak mahu aku terajang je bomoh tu. Diorg tanya aku nak scan ke tak, aku ckp taknak. Bomoh tu pun mcm tak suka tengok aku. Spjg sesi scan tu aku dok baca Ayatul Qursi dan "Ayat Nabi Sulaiman", dan bomoh tu selalu gak jeling2 kat aku. Lantak ko ler bomoh! Bukan ko boleh bagi apa2 pun kat aku! Blistering Barnacles!
iii) Menurun
Yang ni memang sah2 sesat! Ada kawan2 aku yg penah gi berubat ngan bomoh, bomoh tu btukar jadi suara garau lah, btukar peribadi jadi org arab lah, tiba2 leh ckp jawa lah, mcm2. Dah! Jangan dok percaya ngan benda2 camni! Sesat!
3) Akhlak perawat mesti melambangkan seorang Islam, Akidah perawat mesti bersih
Yang ni susah sket. Ye ler, mana kita nak tahu tentang akhlak dan akidah dia ye dok? Kalau tengok pakaian, mungkin dia leh pakai jubah then serban lilit 20 kali, bolehke kita confirmkan yang akidah dan akhlak dia betul?
Cara aku mudah (korang mungkin tak setuju); aku "uji' dia dari segi percakapan dan perwatakan dia.
Kalau perwatakan dan percakapan dia jenis sombong, kununnya dia ni hebat gile babas, boleh sembuhkan semua org, boleh bagi org kaya, boleh setel semua masalah, soheh aku tolak! (Amboi hebatnya kau, macam Tuhan pulak! Piirah! Blistering Bernacles!)
Ada juga yang cerita mcmana dia dapat ilmu. Ada yg kata, tengah2 tido tu tiba2 ada org jubah putih dtg, bagi ilmu kat dia lah, pastu otomatik dia pandai ngubat org. Tok bomoh yang rawat family mentua aku (yang cabul terhormat seperti cerita di atas) ngaku dengan megah bahawa dia ni ketua segala bomoh. Bomoh lain pegang kunci je, tapi dia pegang mangga dan kunci. Kalau dia tak bagi maka jin takleh tolong bomoh2 lain. Kununnya mcm Head of Department Jin lah ni! Hebat! Dah nak jadi mcm Tuhan pulak ko ye! Boleh kalau KO tak bagi maka jin takleh tolong! Aiwah! Mabruk! Gambatte Kudasai! Blistering Barnacles!!
Aku pun pernah gak didatangi oleh lelaki berjubah putih time tidur. Masa tu aku di MRSM, form 5. Aku ingat lagi, masa tu pagi jumaat.. (jeng..jeng..jeng) aku tengah tido lepas penat balik latihan karate, tengah2 tido tu tetiba nampak ada lelaki berjubah putih datang kat kaki aku. Aku ingat bolehle dapat ilmu ghaib ke, ilmu ubat org ke! Tapi tiba2 aku rasa jari kaki aku sakit.... Rupanya aku kena rotan daaa..Yang berjubah tu adalah Ketua Warden aku time tu (Arwah Cg Zamil.. Al Fatihah), dia suka rotan ibu jari kaki kalau nak kejut org. Dia suruh aku gi solat Jumaat lah! Kehkehkeh....
Yang penting, seorang perawat mesti berakhlak dengan akhlak Islam. Tak boleh bercakap besar. Mesti sedar kuasa penyembuhan hanya semata-mata milik Allah. Pergantungan penuh kepada Allah. Mesti selalu berpesan kepada pesakit bahawa kesembuhan milik mutlak Allah. Mesti selalu doakan kesejahteraan pesakit. Ini benda paling penting menurut guru aku...
So berdasarkan ketiga2 perkara yang aku setkan di atas, aku nilai setiap pertubuhan yang nak buat rawatan alternatif. Selain Cakra Alam, ada pertubuhan2 lain seperti Reiki dan Aura, Ilmu Haq, Pertubuhan2 Perubatan Islam seperti Darus Syifa', Darussalam, AKRINE, Darul Manzil, Darul 'Illaj dan macam2 lagi.
Aku sendiri pilih Darussyifa' dan AKRINE (diasaskan oleh bekas murid TG Harun Din). Baru nak belajar dan berjinak2...
Persoalan mengenai Cakra Alam, kenapa aku tak suka dan tak join?
Jujurnya aku tak tahu mendalam sangat pasal Cakra Alam. Tapi penerangan2 yang dibuat dalam website (antara sumber utama maklumat aku sebab aku takde kenal sesapa yang join Cakra Alam ni) ni banyak menimbulkan keraguan aku yang jahil ni. Antaranya:
i) Kaedah pelajaran/pengubatan tidak disebut secara khusus, menyebabkan ianya samar dan tidak meyakinkan
ii)Kaedah yang dikatakan "mampu menyelesaikan segala masalah", tidak lulus screening aku yg ke-3 (tambahan pula tidak ada perkataan InshaAllah yang menunjukkan kebergantungan kepada kebenaran Allah)
iii) Kaedah menggunakan "tenaga batin" yang tidak diketahui puncanya - kurang lulus screening aku dari first level
Dan banyak lagi yang menimbulkan keraguan. Korang boleh bandingkan dengan website2 perubatan yang aku rasa "bagus" dan lulus semua screening aku, seperti Darussyifa, Darussalam, AKRINE etc. Kaedahnya jelas, pemilik site jelas kata penyembuhannya adalah milik Allah dan bukan milik mereka, di samping itu tidak ada selindung dalam ayat2 dan doa2 yang dibaca, semuanya bersumberkan Al Quran dan doa2 yang soheh. Korang mungkin ada 1001 perbahasan mengenai perkara ini, silakan. Aku bleh utarakan kepada guru aku...
Akhir kata, pilihlah kaedah rawatan yang betul, jangan disebabkan rawatan, boleh menggugat akidah dan kebergantungan kita yang sepatutnya 100% dikembalikan kepada Allah....
56. Katakanlah (Wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah orang-orang Yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari ALLAH, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya".(An Nisa : 56)
Hadis: HR Imam Ahmad (musnad Imam Ahmad, 1/293) " jika engkau memohon, mohonlah kpd ALLAH dan bila engkau meminta, pintalah (terus)
kpd ALLAH."
Barang sesiapa yg mendatangi Kahin (bomoh/dukun) untuk bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya (amal ibadat) selama 40 hari. (HR Muslim)
Sesiapa yg mendatangi kahin (dukun) lalu membenarkan (mempercayai) perkhabarannya, maka ia telah kafir dgn apa2 yg diturunkan kpd Muhammad S.A.W." (HR kitab-kitab sunan dari Abu Hurayrah. Ia hadis hasan. (Ruj: Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam; Syaikh Ismail asSulaimi, Mufti Yaman dalam koleksi fatwanya silsilah Fatawa Syar'iyah Fatwa no 17)
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment