Monday, January 18, 2010

Ayat 1000 Dinar

Good Day everyone!

Harini hamba mahu share 1 perkara yang hamba amalkan. Amalan ini dinamakan Ayat 1000 Dinar. Hamba start amalkan ayat ini sejak Tingkatan 3, dan setakatni Alhamdulillah banyak dapat manfaat.




Maksudnya:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
At-Thalaq: 2-3

Bagaimana mengamalkan ayat ini? Hama perturunkan apa yang hamba belajar dari guru hamba masa muda2 dulu:

1) Untuk permulaan sebagai jazam ayat, bacakan ayat ini 41X selama 21 hari (yang ni hamba banyak "ngelat" dulu, kejap baca kejap tak baca...huhuhuhu)
2) Lepas Solat subuh setiap hari bacakan ayat ini 3X
3) Sebelum tidur malam bacakan ayat ini 3X sambil berdoa mengucapkan syukur di atas segala nikmat yang tak terhingga yang Allah kurniakan pada hari tersebut
4) Setiap kali dalam kesusahan, bacakan ayat ini sebanyak mungkin

Hamba dari dulu sampai sekarang, setiap kali ada kesusahan hamba akan baca ayat ini berulang2 kali. Kadang2 kalau takde parking kat mall pun hamba baca (terutama dulu time duk KL selalu sangat suka gi MidValley time peak hours, takde parking!)...

Setakatni Alhamdulillah banyak dapat kemudahan dengan baca ayat ni. Walaupun penyelesaian tak seperti yang kita harapkan/mintak tapi memang Allah sediakan jalan keluar. Even kadang2 kalau takde jalan keluar time tu pun, Allah akan kurniakan ketenangan hati, tak jadi terlalu tertekan. Yang penting masa baca tu, minta sungguh2 dengan Allah.

Cuma akhirnya, Guru hamba pesan, jangan langsung percaya bahawa ayat ini yang berikan apa2 yang kita mintak. Yang bagi adalah Allah, ayat cuma salah satu cara nak "bodek" Allah supaya Allah berikan apa yang kita pohon, supaya Allah sediakan jalan keluar di atas segala permasalahan kita. InshaAllah.....


Blistering Barnacles

2 comments:

Anonymous said...

Salam cik dan gg.dari mama Yam KB. Tahniah berblogging balik. Mama seronok baca blog cik. Tahniah juga pada cik dan gg kerana dap[at baby boy baru.didoakan semuanya sihat selalu.

BlisteringBarnacles said...

Thanks and cik pun actually enjoy reading your blog, terutama yang cerita pasal cucu-cucu Mama...