Ramai orang tanya aku...
"Ko dah boleh tengok jin ke?"
"Weh, berani ko belajar ilmu camtu, tak seram ke tengok jin?"
"Nanti jangan lupa ajar aku ayat untuk aku nampak jin"
Aku jawab:
Ilmu yang diajar di AKRINE TIDAK SAMA SEKALI mengajar macamana nak tengok jin. Tok Guru aku kata dia tak pernah dengar ada ayat yang membolehkan seseorang tengok jin. Malah, kebanyakan Perawat Islam (yang guna kaedah Islam) TIDAK BOLEH tengok jin.
Tok guru aku ckp, hanya ada beberapa keadaan aje yang membolehkan seseorang itu tengok/nampak jin:
1) Orang2 alim yang dikurniakan kelebihan oleh Allah SWT. cth: Kashaf, Karamah. Ada org ckp Tn Guru Haron Din ada kashaf tapi itu tidak boleh dipastikan dengan tepat, hatta jika tanya kepada murid2 yang rapat kepada beliau.
2) Orang2 biasa yang bersaka. Ada sesetengah jin saka yang diberi kelebihan oleh Allah, sehingga pemilik2nya boleh nampak / tengok jin
3) Lintasan2 hati yang diberikan oleh Allah kepada orang2 yang dipilihNya. Lintasan ni mungkin tak bermakna nampak secara fizikal, tetapi lebih kepada firasat dan bayang2 dalam kepala. Wallahu a'lam
4) Apabila jin tersebut sendiri memunculkan diri, dengan izin Allah.. Cth: jelmaan dlm bentuk hantu, toyol, pelesit, dan juga jelmaan dalam bentuk binatang2 seperti harimau, monyet etc. Tapi tok guru aku cakap. time2 macamtu ler jin berada dalam keadaan paling lemah...
5) Orang yang menggunakan cara salah seperti puja sesuatu, sehingga menyebabkan dia mempunyai ikatan secara maya (mutual contract) dengan jin, sehingga mungkin jin tersebut membantunya melihat dunia jin. Tetapi ini juga hanya berlaku dengan izin Allah..
Apa pun semuanya berlaku dengan kehendak Allah....
Yang penting, apa yang kami belajar adalah Mendalami ayat2 Al-Quran dan Kaedah2 Sunnah untuk menghadapi Jin-jin Jahat yang mengganggu manusia. MENGHADAPI dalam konteks bukan sahaja untuk memerangi tetapi lebih kepada dakwah dan tanzir...
Apa pon korang cube ler tengok gambar di bawah. Kalau nampak apa2, cepat2ler bawak jumpa Perawat Islam (jangan jumpa bomoh, nanti lagi teruk kang naya!)
Amacam? Nampak apa2 tak? Hehehehe
.
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam...
nape ek saye macam nampak muke kat bulatan kecil 2 memandang ke arah kanan...
Tasha
Post a Comment